Monday, October 10, 2011

Kisah Cinta Bersama(Love Story Malay Version) by Amri





Kita masih muda bila bertemu 
Ku tutup mata dan memori itu pun bermula 
Bayu angin masih terasa 
Bintang berkelipan menyinari malam 
Kau berlalu di hadapan dan terus daku menyapa,
Tidak kusangka 


Yang kaulah puteri 
Ku ketuk hatimu 
Lakaran kisah ini pun baru bermula 
Namun ku perlu pergi 
Tinggalkan kau sendiri 


Kata mu putera, 
Bawalah aku ke mana saja 
Asal ada sentiasa di sisi 
Biar pena akan terus menulis 
Lagenda kisah cinta kita berdua 


Di taman ini kita bersua 
Mengharapkan mentari terus bersinar 
Tinggalkan kesibukan kota 
Dan kaulah puteri di istana hati
Meredah rintangan yang kian melanda
Mampukah cinta bersemi kau mahu ku percayai 


Puteri 
Mampukah di bawa biar ke mana saja 
Walau kamu akan ada di sisi 
Biar pena akan terus menulis 
Lagenda kisah cinta kita berdua 
Kelu lidah tak mampu bersuara 
Cinta ini sukar ku menerangkan 
Usah gusar biar terus percaya 
Lagenda kisah cinta kita berdua 


Oh...oh...


Kau penat menunggu 
Menanti bila akan aku kembali 
Pudar sudah rasa 
Tak pasti di hadapan kita 


Kata mu 
Selamatkan daku wahai si putera 
Menunggu mu yang tidak kunjung tiba 
Lalu aku melihat ke matamu 
Melafazkan kata ingin kau gembira 
Sudikah kamu jadi permata hati 
Takkan lagi tinggalkan sendiri 
Kasih ini sudah mendapat restu 
Teruskan kisah cinta kita berdua 


Oh...oh...oh...yea...yea...yea...


Kita masih muda bila bertemu 



No comments:

Post a Comment